Tuesday, December 4, 2018
Rumah dan Giliran Semasa Poligami
Menurut H. Sulaiman Rasjid, setiap isteri mesti diberikan rumah yang sama dan adalah dilarang mengumpul isteri-isteri tersebut di dalam sebuah rumah, kecuali isteri benar-benar redha dengan keadaan tersebut.
Pembahagian Waktu
Menurut H. Sulaiman Rasjid di dalam karyanya Fiqh Islam, pembahgian waktu antara setiap isteri itu mestilah sama dengan minimum sehari dan maksimum tiga hari sahaja.
Beliau juga menyentuh tentang isteri yang dibawa bersama semasa musafir mestilah mengikut undi dan bukan secrara favoritism.

Sunday, December 2, 2018
Saturday, December 1, 2018
Peranan Pihak Berkuasa Agama Dalam Poligami
Melihat kepada hukum asal poligami dan kenapa Allah membenarkan seorang lelaki biasa mengambil hanya maksimum empat wanita sahaja sebagai tanggungjawabnya.
Tanggungjawab seorang suami ialah
Tanggungjawab seorang suami ialah
Adil kunci Utama Poligami
Ramai yang tersilap menilai konsep adil dalam sebuah perkahwinan poligami.
Apakah maksud adil? Adil ialah meletakkan sesuatu sesuai dengan haknya.
Adil bukan bermaksud sama rata. Memang telah terang-terang bahawa tiada yang sama rata terutama dalam memberi kasih sayang. Sebab itu timbul istilah pilih kasih.

Impian Seorang Suami
Kelab Takut Bini atau Ketabi adalah sebuah kelab rahsia yang berada di mana-mana dan kewujudannya amat dirasai terutama dalam kalangan lelaki.
Ungkapan seperti, "Bukan aku takut bini, tapi bin yang tak takut kat aku," akan disambut pula dengan gelak tawa rakan sekelab yang lain.
Seorang lelaki dibesarkan dengan mitos bahawa mereka adalah raja rumahtangga dan mempunyai hak mutlak untuk berkahwin melebihi satu. Jadi sepanjang membesar sehingga berkahwin mereka sentiasa menyimpan angan-angan untuk 'pasang dua'.
Wanita pula dibesarkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya dimadukan, dia adalah seorang wanita yang tidak sempurna, maka muncullah dialog popular seperti, "Apa kurangnya saya sampai abang sanggup kahwin lagi?"
Dua kepercayaan berlainan ini menimbulkan konflik yang tidak sedikit bebannya terhadap suami isteri yang terlibat, pihak ketiga yang dianggap perampas dan pemusnah rumahtangga dan juga keluarga, masyarakat serta negara dan akhir sekali imej Islam turut tercemar.
Buku bertajuk Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam karya Zaleha Muhamat merupakan hasil kaji selidik terhadap amalan poligami di tiga negeri di utara tanahair iaitu di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Hasil kajian tersebut meununjukkan sebab utama berpoligami ialah kerana telah terlanjur dengan pihak ketiga, di samping alasan isteri uzur, suami mampu menanggung lebih daripada seorang isteri dan kerana simpati terhadap pihak ketiga.

Biodata Penulis
Begum Irdawati Dowlad Rahuman dilahirkan pada Mei 1977 di Butterworth, Pulau Pinang.
Sejak kecil telah merantau keluar dari bumi Pulau Pinang mengikut ibu bapa. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur sehingga darjah lima.
Kembali semula ke Pulau Pinang pada tahun 1989 dan menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan St. Mark's Perai, Pulau Pinang dan kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Perai, Pulau Pinang sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia.
Begum adalah seorang Jurutera Profesional dengan Sijil Amalandan kerjaya sebagai jurutera awam telah membawanya ke serata pelusuk dunia mengikut tugasan yang diamanahkan. Puas mengelilingi Malaysia dan pernah menetap di Emiriah Arab Bersatu, Iraq, Jepun dan Itali demi menyelesaikan projek-projek berkepentingan negara.
Begum juga merupakan trainer bertauliah HRDF serta seorang Professional Learning Facilitator. Begum minat mengembara dengan motto ‘ada projek boleh kembara’, membaca, mmbesarkan perpustakaan peribadi dan menulis serta mencari ilmu sehingga habis nyawa. Beliau merupakan ibu kepada sepasang cahayamata yang bijak, comel dan keletah.
E-book Syok Ya Poligami ialah E-book ketiga Begum selepas Bangkit Selepas Bercerai dan Ke Pangkuan Bonda

Hai Senangnya Dalam Hati!
Antara filem Melayu yang berani membicarakan mengenai poligami ialah Filem Madu tiga.
Tentu ramai yang ingat lirik lagunya, "Hai senangnya dalam hati kalau bila beristeri dua seperti dunia, analah yang punya. Mesti pandai pembohong. Mesti pandai temberang. Tetapi jangan sampai hai pecah tembelang."
Menulis tentang isu poligami, terutama menulis tentang keburukan bagaikan menjolok sarang tebuan.
Di google Books, terdapat lebih tiga puluh ribu buku membicarakan tentang topik poligami. Ada pelbagai pendapat terutama yang menyokong keutamaan poligami dalam Islam.
Rata-rata lelaki memang mengimpikan mempunyai isteri lebih daripada satu. Seolah-olah berjaya mendapat syurga dunia dengan memiliki banyak isteri.
Mereka juga berpegang kepada sebuah hadis mengenai seorang lelaki yang bertemu dengan Baginda Nabi s.a.w dan mengadu mengenai kemiskinannya, lalu Nabi s.a.w menyarankan lelaki tersebut supaya bernikah. Selepas bernikah, lelaki tersebut masih lagi miskin, maka sekali lagi Nabi s.a.w menganjurkan lelaki itu bernikah kali kedua, sehinggalah habis kuota digunakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)