Saturday, December 1, 2018

Impian Seorang Suami

Kelab Takut Bini atau Ketabi adalah sebuah kelab rahsia yang berada di mana-mana dan kewujudannya amat dirasai terutama dalam kalangan lelaki.

Ungkapan seperti, "Bukan aku takut bini, tapi bin yang tak takut kat aku," akan disambut pula dengan gelak tawa rakan sekelab yang lain.

Seorang lelaki dibesarkan dengan mitos bahawa mereka adalah raja rumahtangga dan mempunyai hak mutlak untuk berkahwin melebihi satu. Jadi sepanjang membesar sehingga berkahwin mereka sentiasa menyimpan angan-angan untuk 'pasang dua'.

Wanita pula dibesarkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya dimadukan, dia adalah seorang wanita yang tidak sempurna, maka muncullah dialog popular seperti, "Apa kurangnya saya sampai abang sanggup kahwin lagi?"

Dua kepercayaan berlainan ini menimbulkan konflik yang tidak sedikit bebannya terhadap suami isteri yang terlibat, pihak ketiga yang dianggap perampas dan pemusnah rumahtangga dan juga keluarga, masyarakat serta negara dan akhir sekali imej Islam turut tercemar.

Buku bertajuk Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam karya Zaleha Muhamat merupakan hasil kaji selidik terhadap amalan poligami di tiga negeri di utara tanahair iaitu di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Hasil kajian tersebut meununjukkan sebab utama berpoligami ialah kerana telah terlanjur dengan pihak ketiga, di samping alasan isteri uzur, suami mampu menanggung lebih daripada seorang isteri dan kerana simpati terhadap pihak ketiga.


No comments:

Post a Comment