Saturday, December 1, 2018

Biodata Penulis

Begum Irdawati Dowlad Rahuman dilahirkan pada Mei 1977 di Butterworth, Pulau Pinang.

Sejak kecil telah merantau keluar dari bumi Pulau Pinang mengikut ibu bapa. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur sehingga darjah lima.

Kembali semula ke Pulau Pinang pada tahun 1989 dan menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan St. Mark's Perai, Pulau Pinang dan kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Perai, Pulau Pinang sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia.

Begum adalah seorang Jurutera Profesional dengan Sijil Amalandan kerjaya sebagai jurutera awam telah membawanya ke serata pelusuk dunia mengikut tugasan yang diamanahkan. Puas mengelilingi Malaysia dan pernah menetap di Emiriah Arab Bersatu, Iraq, Jepun dan Itali demi menyelesaikan projek-projek berkepentingan negara.

Begum juga merupakan trainer bertauliah HRDF serta seorang Professional Learning Facilitator. Begum minat mengembara dengan motto ‘ada projek boleh kembara’, membaca, mmbesarkan perpustakaan peribadi dan menulis serta mencari ilmu sehingga habis nyawa. Beliau merupakan ibu kepada sepasang cahayamata yang bijak, comel dan keletah.

E-book Syok Ya Poligami ialah E-book ketiga Begum selepas Bangkit Selepas Bercerai dan Ke Pangkuan Bonda

No comments:

Post a Comment