Saturday, December 1, 2018

Hai Senangnya Dalam Hati!

Antara filem Melayu yang berani membicarakan mengenai poligami ialah Filem Madu tiga.

Tentu ramai yang ingat lirik lagunya, "Hai senangnya dalam hati kalau bila beristeri dua seperti dunia, analah yang punya. Mesti pandai pembohong. Mesti pandai temberang. Tetapi jangan sampai hai pecah tembelang."

Menulis tentang isu poligami, terutama menulis tentang keburukan bagaikan menjolok sarang tebuan.

Di google Books, terdapat lebih tiga puluh ribu buku membicarakan tentang topik poligami. Ada pelbagai pendapat terutama yang menyokong keutamaan poligami dalam Islam.

Rata-rata lelaki memang mengimpikan mempunyai isteri lebih daripada satu. Seolah-olah berjaya mendapat syurga dunia dengan memiliki banyak isteri.

Mereka juga berpegang kepada sebuah hadis mengenai seorang lelaki yang bertemu dengan Baginda Nabi s.a.w dan mengadu mengenai kemiskinannya, lalu Nabi s.a.w menyarankan lelaki tersebut supaya bernikah. Selepas bernikah, lelaki tersebut masih lagi miskin, maka sekali lagi Nabi s.a.w menganjurkan lelaki itu bernikah kali kedua, sehinggalah habis kuota digunakan.

No comments:

Post a Comment